Kejohanan Olahraga SMK Bukit Kepayang Kali-15 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2020 di Padang SMK Bukit Kepayang. Kejohanan olahraga kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Taufik bin Abd Ghani iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Selain acara padang dan balapan yang dipertandingan, pertandingan kawad kaki dan perbarisan telah diadakan. Pertandingan ini telah disertai oleh semua badan beruniform SMK Bukit Kepayang dan barisan rumah sukan. Pertandingan Kawad Kaki dan Perbarisan telah dibahagi kepada dua kategori iaitu badan uniform yang telah dijuarai oleh Pasukan Kadet Polis, diikuti Pasukan Silat dan Kadet Bomba. Manakala bagi rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Hijau diikuti rumah Kuning, Biru dan Merah. Selain itu acara 4x100m jemputan dan 4x50m guru dan PIBG telah berlangsung.
Acara kemuncak ialah juara rumah sukan keseluruhan bagi tahun 2020. Setelah sekian lama menduduki tempat ketiga dan keempat, Rumah Kuning telah merampas tahta kejuaraan daripada rumah Biru yang hanya mampu di tempat ketiga. Tempat kedua dimenangi oleh rumah Hijau dan tempat keempat rumah Merah.

















