Maksud Logo/Lencana Sekolah
Bulatan Merah:
Melambangkan pemuafakatan dan kerjasama yang erat antara warga SMK Bukit Kepayang dalam menjayakan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum tanpa mengira bangsa dan agama seperti kata pepatah 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'
Unsur Atom, Jangka Lukis dan Roda:
Memberi gambaran tentang penekanan terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Buku:
Melambangkan sekolah sebagai tempat pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan
Warna Biru:
Warna korporat SMK Bukit Kepayang
Warna Biru Muda:
Keharmonian dalam kalangan warga SMK Bukit Kepayang
Warna Kuning:
Kesetiaan dan keikhlasan warga SMK Bukit Kepayang dalam mendukung misi dan visi sekolah