Pada 10 Februari 2020 serentak di seluruh negara, Perasmian Program Ziarah Cakna telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Program ini turut dilaksanakan di SMK bukit Kepayang yang telah dirasmikan oleh Tn Md Sa'at bin Atan, pengetua SMK Bukit Kepayang.
Selain itu, pada hari yang sama SMK Bukit Kepayang turut membuat perasmian bagi Program Amalan Guru Penyayang yang telah dirasmikan oleh Pn Norlela binti Hashim selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Di samping itu, Program Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh Pn Fauziah binti Mohd Shariff iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Turut dirasmikan Program Dasar Warga Emas Negara yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Rajamanikam a/l Chinniah.