Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Pasca PKPP SMK Bukit Kepayang telah pun diadakan pada 18 Ogos 2020 di Dewan Seri Kepayang. Acara berlangsung dengan gilang-gemilang kerana turut dihadiri oleh dua orang tetamu jemputan iaitu En. Adnan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PVATMNS dan Mejar Masri bin Saod (B), Naib Yang Dipertua PVATMNS. Majlis juga turut disertai oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Kepayang, Puan Salwani bt Mohamed.
Bertemakan "Menghargai Frontliner" gimik majlis disempurnakan dengan penyerahan gunting reben gegantung kepada tuan pengetua oleh pekerja Food Panda yang dilakonkan oleh Ahmad Fateh bin Mashauddin dari 5UTM.
Majlis berakhir dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang.