SMK Bukit Kepayang telah mengadakan Majlis Penutupan Program Semarak Kemerdekaan pada 15 September 2020 iaitu hari Selasa di Dewan Sri Kepayang. Majlis ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia pada 16 September 2020. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh En. Md Sa'at bin Atan, Pengetua SMK Bukit Kepayang yang turut dihadiri oleh YDP PIBG SMK Bukit Kepayang, Dr. Andrew Solamadan dan Naib YDP PIBG, Puan Salwani binti Mohammad.
Persembahan tayangan video kemerdekaan oleh Puan Rina binti Rusli, deklamasi sajak oleh Saudara Muhammad Fathir bin Mashauddin dari tingkatan 5UTM dan persembahan silat diketuai oleh Ustazah Latifah binti Abd Ghaffar merupakan simbolik sambutan yang telah diadakan sepanjang bulan Ogos. Para pemenang bagi setiap kategori pertandingan turut diraikan. Turut diraikan pemenang bagi Program Kecergasan dibawah bimbingan Puan Siti Aishah binti Yusof dan Program Bacathon dibawah bimbingan Puan Zaiton binti Ayob. Syabas diucapkan kepada semua yang menghantar penyertaan dan tahniah kepada semua pemenang. Semoga menjadi inspirasi kepada yang lain.
Kemuncak acara, adalah nyanyian rangkaian lagu kemerdekaan. Antara lagu yang dinyanyikan ialah "Malaysia Prihatin" , "Lagu Keranamu Malaysia", "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang". Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Sejuta prihatin dan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa atas penganjuran majlis ini . Semoga sama-sama mendapat manfaat dan digunakan kearah kebaikan. “bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.
Majlis berakhir pada pukul 4 petang
Majlis berakhir pada pukul 4 petang