banner

banner

Mesyuarat Agong PIBG 2021

Mesyuarat PIBG SMK Bukit Kepayang Kali ke-18 telah diadakan pada 23 Oktober 2021 di Dewan Sri Kepayang, SMK Bukit Kepayang. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Md. Fiah bin Md. Jamin A.N.S.

Acara di mulakan dengan bacaan doa, ucapan pengetua SMK Bukit Kepayang, En Md Sa'at bin Atan, ucapan YDP PIBG, Dr. Andrew Solamadan dan seterusnya perasmian oleh Pengarah Pendidikan. Program diserikan dengan acara menanam pokok rasmi sekolah iaitu pokok bunga ros.

Setelah itu, acara diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada jawatankuasa PIBG dan tetamu yang hadir. Mesyuarat Agong PIBG bermula pada 10.15 pagi dengan menggunakan saluran google meet untuk ibu bapa.