Pada 18 Mei 2022 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru bersama-sama dengan Sambutan Hari Raya.  Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti nyanyian, tarian, permainan gitar , pertunjukan silat dan permainan untuk guru-guru.  Bertambah meriah apabila majlis diserikan dengan juadah-juadah hari raya yang dibawa oleh warga SMKBK menambah keceriaan majlis.

Semoga tahun depan kita dapat meraikan lagi majlis seperti ini.